Powered By Blogger

Sunday, June 21, 2009

Hatiku tersentuh denga seorang BAPA

20 Jun 2009 malam - Ketika asyik melayani lagu nasyid selamat berjuang nyanyian kumpulan Brothers. Bas meluncur laju dari Kuala Nerang ke Kuala Lumpur. Aku dan beberapa orang penumpang lagi terisi dalam Mara Liner itu. Mataku tidak dapat lelap walaupun penat menyelubungi tubuhku. Petang tadi aku baru saja habis program. Pusing sana pusing sini tak dapat tidur juga,air mata dah meleleh beberapa kali dan mulut pun menguap memanjang bas berhenti di seketika di stesyen bas di pekan Pendang untuk mengambil penumpang. Bas hampir penuh, hanya 4 tempat duduk saja lagi kosong. Tiba-tiba 4 anak beranak tergesa-gesa lari-lari anak naik bas. Mereka sepasang suami isteri dan dua orang anak perempuan yang tidak kurang ayunya. Deringan telefon sang suami berbunyi, lalu dianswernya. Aku mendengar perbualannya. So aku ketahui bahawa anaknya yang barada di asrama penuh di salah sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur menelefon sang suami inisetelah anak dan sang suami itu masing-masing bertanya khabar lalu ayahnya menyoal anaknya kalau-kalau duit perbelajaanya tidak cukup. Anak itu menafikan... Aku rasa terharu dan amat tersentuh apabila anaknya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahnya semata-mata. Bapanya sempat berseloroh dengan anaknya, Selamat Hari Bapa apa ? bapa ayam ka..Hmm.. Kalau kita ada masalah baru telefon mak ayah. Aku malu pada diri, aku tidak ingat bahawa hari esok 21 Jun adalah Hari Bapa. Terus aku mencapai telefon bimbitku dan menghubungi ayahku...
Selepas itu aku memikir dan merenung hikmah peristiwa yang berlaku di hadapan mata kasarku dan mata hatiku sebentar tadi. Ayahku amat banyak sekali berjasa dan menyara hidupku hingga aku besar panjang hari ini. Namun aku mengambil remeh akan tarikh keramat itu...

SELAMAT HARI BAPA kepada ayaku yang tercinta Ahmad Shukri B. Ariffin

No comments:

Post a Comment