Powered By Blogger

Saturday, June 20, 2009

Usul Muhyidin dibantah PIBG Nasional

Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG) membantah cadangan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin yang mahu melaksanakan syarat lulus bahasa Inggeris dalam SPM mulai tahun depan sebagai tindakan yang tidak peka dengan nasib pelajar luar bandar.

Kita sedar bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi dunia dan kepentingan sememangannya tidak dinafikan tetapi pelaksaannya tidak seharusnya dibuat dalam keaadan terburu-buru kerana kesan dialami oleh masyarakat dan pelajar luar bandar. Agak mustahil dan tidak rasional langsung jika Kementerian Pelajaran melaksanakannya tahun depan. Ini kerana tiada kajian dan maklumbalas dibuat.



Kementerian tidak seharusnya tergesa-gesa melaksanakan usul ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan tempoh masa sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima tahun diperlukan bagi meluluskan cadangan tersebut.Perlu ada perubahan dalam kaedah pengajaran, guru-guru pakar perlu disediakan di luar bandar, prasarana seperti makmal bahasa inggeris perlu dikemas dan disediakan tanpa meminggirkan sekolah-sekolah luar bandar dan inisiatif kepada guru-guru juga harus diberikan...

No comments:

Post a Comment