Powered By Blogger

Sunday, April 4, 2010

Tarbiyah Bermula dari Qalbu serta Ruh !!!

TARBIYYAH RUHIYYAH




Terbiyah Rihiyyah merupakan tarbiyah rabbaniyyah kepada para anbiya' sebagai persiapan untuk memikul tugas menyampaikan da'wah Islamiyyah dan konsep pentarbiyahan ini mestilah menjadi panduan kepada rijal hizbullah yang merupakan pewaris anbiya'. Diantara halangan-halangan kepada pendokong gerakan Islam ialah lemahnya aspek 'Tazkiantunnfus' di dalam diri mereka. Oleh kerana itu menjadi kewajipan untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui ibadat2 hati. Agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek lahiriyyah tetapi ianya juga mementingkan aspek ruhaniyyah, tanpa ada kesinambungan di antara kedua-dua aspek ini agama Islam tidak akan tertegak. Akan tetapi perlu diingat musuh Islam sentiasa berusaha untuk menyelewengkan umat Islam daripada ajarannya yang sebenar termasuklah menyelewengkan umat Islam daripada mafhum Terbiah Ruhiyyah yang sebenar yang merupakan uddah yang paling penting untuk pandai.

Tarbiyah Ruhiyyah

Yang dimaksudkan dengan 'Tarbiyyah Ruhiyyah' ialah penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasullullah s.a.w.

Tarbiyah Ruhiyyah adalah tugas para Anbiya'

Oleh kerana itulah di antara tugas para Rasul dan Anbiya' ialah 'Tazkiatunnufus', sebagaimana firman Allah yang maksudnya:

"Ya Tuhan kami utuskanlah kepada kami seorang rasul daripada kaum mereka yang membaca ayat-ayatMu dan mengajar kitabMu dan hikmah kepada mereka serta menyucikan mereka (daripada kelakuan-kelakuan keji). Sesungguhnya engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,"



Kepentingan Tarbiyyah Ruhiyyah

Tarbiyah Ruhiyyah amat penting kepada penyokong gerakan Islam kerana ianya menjadi benteng kepada cabaran-cabaran yang akan ditempuhinya. Tanpanya boleh menjerumuskannya ke dalam golongan orang-orang yang gugur di dalam jalan da'wah. Oleh itu dai' mestilah melengkapkan dirinya dengan proses pentarbiyahan seperti berikut:


MaksudNya: "bacalah wahai (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"



Maksudnya: "Wahai orang yang berselimut (Muhammad) sembahyanglah pada malam hari kecuali sedikit daripadanya iaitu separuh malam ataupun kerangkan sedikit ataupun tambahkan. Bacalah Al-Quran dengan Tartil (perlahan) kerana kami akan membebankan ke atas kamu satu kalimah yang berat (Al-Quran)".

Asas Tarbiyyah Ruhaniyyah

Pembaharuan di dalam Islam merangkumi samada individu, keluarga, masyarakat dan negara, oleh itu perlu di tegaskan di sini bahawa menghidupkan kembali Tarbiyyah Ruhaniyyah merupakan perkara yang paling utama kepada proses mentajdidkan Islam maka bertitik tolak dari sinilah asas Tarbiyah Ruhaniyyah mestilah dibina di atas manhaj rabbani iaitu berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tasawuwuf dan Tarbiyyah Ruhaniyyah



Pandangan sempit sesetengah pihak, apabila dibicarakan mengenai Tarbiyyah Ruhaniyyah maka apa yang selalu berlegar di dalam fikiran mereka ialah Tasawwuf. Tasawwuf dianggap wasilah al wahidah - "a sole way" dalam mentazkiyyahkan diri. Kertas kerja ini tidak bermaksud untuk membicarakan mengenai pertelingkahan para ulama mengenai Tasawwuf.

Memang tidak dapat dinafikan, peranan tasawwuf dalam meletakkan islam di suatu tahap yang amat gemilan. Malah pada tahun 1258 M atau abad ke 13, setelah Kota Baghadad telah diditawan oleh bangsa ganas Tartar, peranan menjaga Islam telah diambil alih oleh golongan sufi. Kalau kita meneliti dari individu pendakwah yang tiba di rantau ini yang terakam dalam sejarah, maka kita akan dapati mereka adalah tokoh-tokoh yang memahami soal-soal falsafah, teologi dan tasawwuf. Mereka memang berperanan secara langsung sebagai pendakwah seperti Sheikh Ismail yang disebut dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Sheikh Abdul Aziz yang tercatat dalam Sulatu's Salatin Sheikh Abdullah Arif. Malah Haji Abdul Rahman Limbong yang berpegang dengan mahzab As Shafie dan tariqat Nasyabandiah yang dididik pelh Tokku Paloh dengan amalan-amalan sufi telah memimpin gerakan Jihad menentang campurtangan British di Trengganu. Gerakan Jihad 1922-1928 ini mengakibatkan sebelas orang gugur syahid di kampung Padang Kanchong dan Haji Abdul Rahman dibuang negeri ke Mekah.

Al Marhum Sayyid Abu A'la al Maududi mengklasifikasikan tasawwuf kepada tiga jens iaitu:

i) Tasawwuf yang dipersetujui iaitu tasawwuf sufi peringkat awal islam seperti Fudhail bin 'Iyadh', Ibrahim bin Adham. Menurut Al Marhum tasawwuf di peringkat ini tidak mempunyai falsafah yang tersendiri, malah terikat dengan Al-Quran dan Hadith.

ii) Tasawwuf yang ditentang olehnya. Tasawwuf yang bercampur aduk dengan amalan yang syirik dan bi'daah. Begiru juga tasawwuf yang menyebabkan berlakunya pengasingan di antara syariat dan makrifat.

iii) Tasawwuf yang perlu diislahkan iaitu tasawwuf yang menekankan aspek kerohanian semata-mata. Ianya juga bertetapan dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Marhum Said Hawwa bahawa golongan yang menyibukkan diri dengan ilmu ini akan memiliki tasawwur Islam yang menurut al Marhum akan menjadi unsur yang terpisah dari tuntutan dan realiti semasa serta dari badihiyyat di dalam islam.

Penyelewengan Tarbiyyah Ruhaniyyah
Fitnah-fitnah yang melanda manusia sejagat kemodenan menyebabkan manusia kosong jiwa dan hilangnya nilai-nilai yang mulia padanya menyebabkan perkumpulan sufi atau tasawwuf menjadi tumpuan. Institusi Tasawwuf menjadi batu loncatan kepada musuh Islam untuk memecahbelahkan umat Islam dan menyelewengkan mereka daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh kerana itulah kita melihat sebahagian besar daripada pendokong golongan ini memisahkan fahaman sekular dan politik dan agama yang merupakan fahaman sekular dan melakukan amalan-amalan yang boleh menjejaskan aqidah. Realiti ini mestilah dipandang berat oleh dai' supaya tidak terjerumus ke dalamnya..
Ayuh kukuhkan ruh perjuangan dalam diri kita..

Thursday, April 1, 2010

Mengapa Aku Diuji.....

KENAPA AKU DAPAT SUSAH…
KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216




"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

AKU MESTI MEMBAWA MEREKA KE JALAN YANG BENAR.. susah ni…
Bgaimana hrus aku mnghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129




AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
mreka semua kras kpala.. hnyut… hnyut…
".....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12