Powered By Blogger

Wednesday, September 5, 2012

Hilangkan Ke"aku"an Dalam Diri

>Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Coretan aku bermula lantas aku gagahi, apabila aku sedari diri ini aku benar-benar tiada kuasa malah lemah di sisiNYa.Aku masih rasakan aku,aku,aku yang laksanakan tetapi aku tiada apa-apa memberi bekas.Hakikatnya semuanya dari Allah. Saudaraku sekalian cuba kita renung kalam sufi ini:
Binasakan 'aku' dalam hatimu, binakan DIA dalam sirrmu.. bajakan DIA hingga berbuah manis dalam dirimu,racunkan 'aku' hingga tiada benihnya dalam dirimu.
.. Ya Allah hinanya aku didepanmu..Bila hati mengadap Tuhan baruku tahu ada kelemahan..Terasa kerdil berbanding Yang Esa..Subhanallah..ayuh.. sama-sama banyakkan berdoa dan sujud kepadaNYA..hinakan diri dihadapanNYA, bebankan nafsu dengan banyak berzikir kepadaNYa.. u/p: Kata guru kami sifat keakuan yang wujud dalam diri merupakan punca segala kesalahan dan kemaksiatan...banyakkan fikir tentang diri..sama-sama doakan..