Powered By Blogger

Sunday, June 21, 2009

Ganjaran lebih baik daripada Hukuman





Tidak perlu anda menjadi pakar psikologi bagi mengetahui perkara ini. Memang itulah hakikatnya ganjaran lebih baik daripada hukuman, lebih mudah menarik dari atas bukit berbanding menolak dari bawah bukit.

Tidak percaya ? gertak sikit adik atau anak anda suruh baca buku, jangan asyik hendak main saja. Pegang rotan, memang dia akan membaca buku tetapi hatinya melayang ke padang, menyepak bola ataupun main hujan bersama kawan-kawan. Sebaliknya jika anda membaca buku, dapat nombor sekian-sekian, nanti dapat CD game yang baru, dengan segera anak anda akan mengambil buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.




Bagaimana anda belajar puasa dulu? Ibu bapa kita bijak, mereka tidak menjerkah kita jika tak berpuasa sebaliknya memberikan ganjaran. Puasa sehari dapat sekian-sekiansen atau ringgit. Dapat mercun ataupun bunga api. Seronoklah kita berpuasa menahan perit. Apabila sudah tak tahan, sudah terbayang air sejuk, ayah melambaikan wang ataupun mercun itu tentulah kita bagi meneruskan puasa. Ganjaran lebih menyenangkan berbanding hukuman.
Dalam kehidupan kita seharian, kita juga lebih mengutamakan ganjaran berbanding hukuman. Sebabnya adalah mudah, manusia tidak suka hukuman tapi suka kepada ganjaran. Di dalam Al-Quran pun dibentangkan cerita dan berita gembira jika kita melakukan kebaikan. Ayat ayat yang turun pada permulaan suruh adalah ayat ayat yang menggembirakan jika kita berbuat kebaikan. Kemudian barulah disusuli dengan berita yang menggerunkan jika tidak buat kebaikan. Ini kerana Allah lebih tahu manusia memang lebih suka ganjaran berbanding hukuman..

No comments:

Post a Comment