Powered By Blogger

Friday, January 30, 2009

PALESTIN...Tingkatkan TAQWA !!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih......

Semalam jiwa raga ana tersentak apabila kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun mengeluarkan ungkapan mahu berjihad pertahankan bumi Palestin melalui Belutin Utama. Jika dilihat kita di Malaysia, kanak-kanak seusia 10 tahun masih leka bermain, sibuk dengan ujang dan belum disoal tentang solatnya. Memang jauh berbeza kita dengan Palestin, tak kan nak tunggu Malaysia diserang baru hendak bangun dari 'tidur'. Bangunlah mujahid dan mujahidah kita tingkatkan kesedaran ahli keluarga, sahabat,rakan taulan dan masyarakat umumnya.

Minda dan hati kecil terjentik apabila mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi, mengatakan kita wajib meningkatkan taqwa kita kepada Allah. Tambahnya lagi, kenapa qunut nazilah kita tidak dipandang Allah. Sedangkan jika kita mengimbau kembali sirah, selepas saja qunut nazilah dilafazkan oleh nabi, bantuan Allah turun serta merta,ini menunjukkan betapa hebatnya qunut nazilah ini. Hari ini setiap masjid-masjid. padang dan surau-surau di serata dunia melaksanakan solat hajat,bacaan yasin dan sebagainya membuktikan tanda simpati kita terhadap saurada seaqidah di Palestin. Persoalannya di sini kenapa doa kita tidak mendapat perhatian Allah sama seperti zaman nabi dulu? Tepuk dada tanya iman, berapa ukuran,tingkatan,level atau aras hubungan kita dengan Allah. Allah hendak memberitahu kita betapa lemahnya pergantungan kita terhadapnya. Adakah Allah akan membiarkan Islam dipunah ranahkan ? Tidak! tidak! Allah tidak sesekali menbiarkan agamaNya dirosakan. Sedarlah Allah hendak menguji dan menduga kita, kita sebenarnya terlalu jauh sejauhnya dengan Allah yang Maha Kuasa.

Golden Myer, bekas president Israel laktullah perna menyampaikan syarahannya di Tokyo: kita tidak takut jikaumat Islam mempunyai senjata yang canggih,tetapi kita takut jika masjid-masjid penuh ketika solat subuh seperti solat jumaat. Nah! satu tamparan yang hebat dan diakui kuffar bahawa kita akan menang jika hubungan kita semua kukuh, teguh dan erat dengan yang Maha Pencipta.

Khulasohnya...ana seru diri ana yang taip ni dan sahabat sahabiah marilah sama -sama kita tingkatkan ketaqwaan dan takut kepada Allah.Apa yang kita dapat dan implikasikan serta aplikasikan dari seruan khatib ketika solat jumaat setiap minggu supaya tingkatkan ketaqwaan kita. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri ataupan sahabat-sahabat tidur ketika khatib berkhutbah...fikir-fikirkan....

1 comment:

  1. Salam... ingat lagi tak....
    insyaAllah ada masa kita berusrah sekali nanti ye...

    ReplyDelete