Powered By Blogger

Thursday, January 29, 2009

Pemalas ???

Salam al-nerangi

Lihat semut, lihat ayam, lihatlebah, lihat haiwan lain kecuali ular sawa. Lihat betapa rajinnya mereka bekerja dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Pernah melihat ayam mati kelaparan? Pernah melihat semut mati kelaparan? Pernah melihat burung mati kelaparan? Sekiranya haiwan yang tidak ada akal, tidak kenal apa itu 'positive thinking', begitu rajin berusaha, inikan pula manusia yang serba lengkap. Kita patut malu pada haiwan sekiranya kita pemalas.

Pelik sungguh dalam keadaan dunia yang serba maju kehadapan, masih ada orang yang pemalas. Malang sungguh orang itu kerana hidupnya berundur ke belakang, semakin hari semakin susah, semakin hari semakin gagal.

Bilangan orang yang pemalas bukan sedikit. Tahap pemalas itu berperingkat-peringkat. Ada yang malas sedikit, ada yang malas sederhana dan ada yang terlebih malas. Malas juga terbahagi kepada berbagai-bagai. Malas bekerja, malas berfikir, malas belajar dan malas bertindak !

Cuba bayangkan kalau Nabi Muhammad S.A.W malas menyebarkan Islam. Islamkah kita pada hari ini. Kata nabi adalah contoh teladan, icon, idola, qudwah hasanah dan bermacam macam istilah yang ana tak tahu nak sebutnya. So buang sifat negatif ini ! Paksa diri supaya bingkas bangun dengan cergas mengerjakan apa yang ditangguhkan selama ini.

Punca-punca seseorang menjadi malas adalah:
  • Tidak mempunyai cita-cita yang kukuh.
  • Tidak ada keperluan yang mendesak.
  • Kurang bertanggungjawab pada diri dan keluarga
  • Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri
  • Percaya, tanpa berusaha boleh dapat makan minum, ingat kita hidup di dunia ini bukan setakat makan minum saja
'Alakullihal, kalau nak lebih lebih panduan,guideline dan motivasi kena tanya la yang ahli dalam bidangnye. Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment