Powered By Blogger

Sunday, December 28, 2008

UKHUWAWAH

Sahabat-sahabat yang ana cintai dan sahabiah-sahabiah sayap kiri perjuangan, acapkali kita sering mendengar dan menutur perkataan yang dikata ukhuwwah. Apakah menatang ini?... ana ada terselak kitab RisalahTaAlim karya Imam Hassan Al-Banna---Tahap Saling Kenal (Ta'aruf)

A'lakullihal mari sama kita lihat pandangan insan yang ana kagum dalam perjuangannya,
Yang dimaksudkan dengan ukhuwwah adalah hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan aqidah.Ikatan aqidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan,tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang.Kasih sayang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat 'ithar (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).

Akh yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diber perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya. Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang dalam kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah yang menguatkan antara satu sama lain."Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan....

1 comment: