Powered By Blogger

Wednesday, March 24, 2010

Tarbiyah yang Dilupakan..



Cabaran dan Hala Tuju kita perlu jelas

Kemelut riddah dan kondisi ummah yang semakin parah samada keberantakan sosial, kepincangan proses keadilan negara dan krisis keyakinan yang sudah semakin terminal (maut) adalah satu heretan kesedaran bagi semua pihak terutamanya gerakan islam untuk membentuk satu prime wave serta seterusnya melakukan satu tuning over. Ia bagi menyelamatkan islam yang semakin terhakis dan tercantas dan mengembalikan keteraturan dalam semua aspek kehidupan ummah.

Oleh yang demikian, satu gerakerja yang bersifat kolektif mestilah disusun dengan serius dan segera dengan memberi penekanan khusus kepada Tarbiyyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah. Penekanan kepada kedua aspek ini InsyaAllah akan mampu mewujudkan satu gerakan islam yang rabbani yang mempunyai ciri-ciri Hizbullah. Juga diharapkan melalui penekanan ini, kewujudan gerakan islam dalam massa dapat dirasai dan diambil manfaatnya. Penekanan kepada aspek ini sebenarnya adalah kesinambungan corak pentarbiyyahan yang dilakukan oleh Rasullulah s.a.w.

Al-Marhum Said Hawa adalah satu contoh terbaik seorang tokoh gerakan Islam yang berusaha menghidupkan kembali keperibadian Hizbullah dengan berlandaskan Tarbiyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah, Al-Marhum Sayyid Abu Hassan Ali An Nadwi ketika membicarakan mengenai persediaan spiritual (Isti'dad ar Ruhi) menyarankan pemimpin alam islam, jamaah-jamaah, lembaga-lembaga keagamaan dan semua negara Islam agar menanamkan keimanan dalam hati muslimin dan menyalakan perasaan keagamaan serta menyebarkan dakwah melalui wasilah silam dan terkini.

Tarbiyah Ruhiyyah akan melahirkan gerakan rabbani manakala Tarbiyah Jihadiyyah pula akan menghasilkan gerakan mujahidah. Hanya rijal da'wah yang memiliki keperibadian hizbullah sahaja yang akan mampu bertahan dan sanggup meredah gelombang cabaran yang semakin sengit ini. Peribadi yang tidak melalui Tarbiyyah Ruhiyyah dan tidak ada roh jihad akan mudah gugur dan tidak mampu bertahan malah kadangkala akan membawa keburukan kepada gerakan islam.

Tujuan artikel ini:

i) Memurnikan konsep hakiki Tarbiyyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah dan berusaha untuk mengikis pendangan sempit sesetengah golongan yang terpengaruh dengan konsep jihad yang telah diselewengkan oleh golongan orientalis.

ii) Mencadangkan kepada semua gerakan Islam dan ahli gerakan untuk melakukan post mortem (pemantauan) yang lebih transparent terhadap keberkesanan sistem pentarbiyyahan yang diamalkan.

iii) Menyatukan semua suara jihad gerakan Islam.

Ayuh sama-sama kembali sepenuhnya mengamalkan ajaran Al-Quran dan Hadis !!!

No comments:

Post a Comment