Powered By Blogger

Wednesday, March 24, 2010

Sistem Pendidikan yang Disekularkan...


Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...Aku memulakan coretan ini yang patut kita sama-sama lihat dengan mata hati yang bersih lagi tajam. Aku merasakan satu kelompangan yang amat berat dan perlu kita perkatakan dalam sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan hari ini sama ada di peringkat rendah, menengah ataupun di universiti telah lama disekularkan dari zaman penjaahan lagi. Dalam Islam tiada istilah pemisahan dalam agama dengan pemerintah,pendidikan,sosial ,ekonomi dan sebagainya. Semua 'alat-alat' ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapat redha Allah... tetapi malangnya kita memisahkan agama dengan yang lain.Ya Allah ! ampunlah dosa-dosa aku dan umat seluruhnya. Aku banyak melakukan dosa terhadapmu.Aku lemah, bimbinglah aku.

Pasti teman-teman kenal dengan adik di atas ini, dia telah menghafaz Al-Quran ketika masih kecil dan paling mengejutkan dia tidak pernah mengikut sistem pendidikan di peringkat sekolah kebangsaan akan tetapi di sekolah menengah di merupakan pelajar yang paling pintar. Ini dikukuhkan lagi dengan sepupu aku yang hafiz Al-Quran dan tidak bersekolah kebangsaan tetapi sekarang menjadi doktor! Aku yang bersekolah dari Pasti hingga sekarang ini tidak seperti insan di atas. Kalau diikutkan logik akal akulah yang lebih kehadapan tetapi rahmat dan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada mereka yang menghafaz wahyu Allah...Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghafaz kalam-MU.

Ini dibuktikan lagi dengan tokoh perubatan Ibnu Sina bermula sistem pendidikannya dengan menghafaz Al-Quran. Ramai lagi tokoh dan sarjana Islam yang bermula dengan menghafaz kalam Allah kemudian menjadi tokoh dalam bidang matematik,astronomi,anatomi,sosialogi dan lain-lain lagi. Tambahan mereka hebat dan mengatasi zaman dalam bidang masing-masing.Itulah kehebatan mukjizat Allah.

Aku bukannya tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan sekarang. Aku tahu bukan senang hendak membuat dan merangka sistem yang sedia ada. Namun aku mengharapkan perubahan ke arah Islam di amalkan sepenuhnya yang mana pendidikan dalam Islam menjadi kita kenal dengan Maha Pencipta sekalian alam...

Teman-teman masih tidak terlambat lagi untuk kita menghafaz Kitab Allah...memenuhi jiwa raga dengan NUR AL-QURAN..

No comments:

Post a Comment