Powered By Blogger

Wednesday, May 27, 2015

ELITE KIDS SMART KIDS

Ingin Transformasi Diri Anak Anda Menjadi Insan Hebat? Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Sudahkah anda merancang aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat dan bermakna untuk anak anda? Mahukah anda menjadikan anak-anak anda seorang yang hebat dengan aktiviti ilmiah untuk transformasi diri mereka? Jika anda masih terfikir-fikir, kami sarankan anda jangan biarkan cuti sekolah anak-anak anda terbuang dengan hanya menonton TV, berlepak-lepak dengan kawan-kawan dan bergelandangan di mana-mana tanpa arah tujuan. Lebih baik kita membudayakan anak-anak dengan aktiviti ilmiah. Dari kecil lagi anda telah membesarkan anak anda. Segala keperluannya anda penuhi. Anda sanggup berjaga malam untuk memastikan mereka tidur dengan selesa. Tetapi, bila mereka sudah meningkat dewasa, ramai ibu bapa yang seolah-olah terus membiarkan anak-anak mereka membesar dengan sendiri tanpa nilaian agama dan panduan kerana mereka sibuk bekerja. Kami pasti anda tidak mahu melihat anak anda gagal dalam hidup. Ibu bapa manakah yang mahu melihat anaknya hidup dalam keadaan yang tidak baik? Ibu bapa manakah yang tidak mahu melihat anaknya mendalami pengetahuan dan penghayatan agama? Setelah melalui segala pengorbanan dan cabaran membesarkan anak-anak anda, tidakkah anda terasa berbaloi dan berbayar kembali bila anak anda dapat merendangkan seisi keluarga di bawah teduhan agama dengan bacaan Al-Qurannya, kepimpinannya di dalam solat dan penghargaan yang diterimanya dari masyarakat. Itulah contoh anak yang soleh dan solehah yang bakal mendoakan anda bila anda berangkat pergi di suatu hari nanti. Adakah anda mahu anak-anak anda mampu membaca dan menghafaz Al-Quran? Adakah anda mahu anak-anak anda mampu menjaga solatnya tanpa dipaksa-paksa? Adakah anda mahu anak-anak anda Cemerlang dan Berjaya? Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz adalah salah satu usaha kami bagi menyediakan nilaian terbaik untuk anak-anak anda. Program utamanya adalah menghafaz Al-Quran. Semasa di Kem, anak-anak anda akan diajarkan nilai-nilai akhlak yang baik bagi menguatkan lagi semangat mereka untuk terus menjadi insan yang mulia di sisi Allah dan sekaligus menjadi anak-anak soleh dan solehah untuk kedua ibu bapanya. Untuk pengetahuan anda,kini, kami tinggal hanya beberapa tempat lagi untuk ibu bapa yang masih ingin memberi manfaat kepada anaknya dengan pengisian aktiviti cuti sekolah yang bermakna.

No comments:

Post a Comment