Powered By Blogger

Sunday, February 28, 2010

Apa Erti Saya Menganut Islam



SIFAT PERIBADI MUSLIM CETUSAN BUKU APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ( FATHI YAKAN )
SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT AQIDAH

1. Yakin pencipta dan pentadbir alam adalah Allah.

2. Penicpta alam adalah tujuan.
3. Yakin al-Quran Dan Rasul akan menjelaskan tujuan tersebut.
4. Matlamat hidup-mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah
5. yakin adanya balasan syurga dan neraka
6. Kabaikan dan kejahatan adalah usaha manusia dan ketentuan Allah
7. Yakin syariat adalah hak mutlak Allah
8. Mempelajari dan mengetahui nama- nama dan sifat Allah
9. berfikir tentang makhluk bukan Zat Allah
10. Pendapat para salifussoleh lebih di utamakan dalam perbezaan pendapat
11. memnerikan “ ubudiyyah ” hanya kepada Allah dan tidak mensyirikkannya
12. Al- kauf hanya kepada Allah
13. Sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah
14. Mencintai Allah adalah mengatasi segalanya
15. Bertawakkal kepada Allah dalam setiap urusan
16. B esyukur kepada Allah
17. Bertaubat kepada Allah
18. Muraqabatullah kepada Allah ketika ramai mahupun bersendirian


SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT IBADAH

Ibadah merupakan :
 kemuncak dari perasaan tunduk dan patuk kepada Allah
 Tangga penyambung antara makhluk dan penciptanya

Saya haruslah melakukan perkara berikut:

1. Menjadikan seluruh ibadah saya hidup dan berhubung terus dengan Allah
2. Ibadah saya mestilah khusyuk
3. Menghadirkan diri dan hati di hadapan Allah
4. saya mestilah merasa tamak dan rakus dalam ibadah
5. mengasuh diri dengan Qiammullail
6. saya haruslah menentukan masa tertentu untuk membaca Al –quran dan mentadabburnya
7. Membiasakan dengan doa –doa dalam setiap urusan kehidupan



SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT AKHLAK

Akhlak merupakan :
 matlamat asasi bagi risalah ini
 Tanda dan hasil dari iman yang sebenar

SIFAT – SIFAT SEORANG MUSLIM

1. Bersifat warak dari melakukan perkara – perkara yang syubhah
2. menundukkan pandangan
3. Memelihara lidah
4. bersikap malu (tidak menghalang perkataan kebenaran )
5. sentiasa benar dan jujur
6. Tawadhuk : jauhkan dari sifat takabbur dan bangga diri
7. Menjauhi perbuatan suu’ uzzhan ( sangka buruk ) mengumpat , menjejak keburukan orang lain
8. Pemurah dan mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah
9. Qudwah hasanah , tindak tanduknya adalah terjemahan dari prinsip – prinsip Islam

SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT KELUARGA

 Langkah awal ( tabiat islam ) membentuk rumah tangga muslim

Oleh itu , saya bertanggungjawab membentuk rumah tanga
muslim : -

1. tangungjawab sebelum berumah tangga
 Perkahwinan mestilah kerana Allah
 Berkahwin untuk menjaga pandangan
 Bijak memilih isteri
 Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah
 Memilih Isteri yang berakhlah mulia

2. Tanggungjawab selepas perkahwinan
 Bersikap baik terhadap isteri
 Mewujudkan persefahaman dan kasih sayang
 Hubungan denagn isteri dalam lingkungan syarak
 Bersama mendidik anak

Saat Cintanya Dilamar



"jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengannya"

Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli