Powered By Blogger

Sunday, June 21, 2009

Ganjaran lebih baik daripada Hukuman





Tidak perlu anda menjadi pakar psikologi bagi mengetahui perkara ini. Memang itulah hakikatnya ganjaran lebih baik daripada hukuman, lebih mudah menarik dari atas bukit berbanding menolak dari bawah bukit.

Tidak percaya ? gertak sikit adik atau anak anda suruh baca buku, jangan asyik hendak main saja. Pegang rotan, memang dia akan membaca buku tetapi hatinya melayang ke padang, menyepak bola ataupun main hujan bersama kawan-kawan. Sebaliknya jika anda membaca buku, dapat nombor sekian-sekian, nanti dapat CD game yang baru, dengan segera anak anda akan mengambil buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.




Bagaimana anda belajar puasa dulu? Ibu bapa kita bijak, mereka tidak menjerkah kita jika tak berpuasa sebaliknya memberikan ganjaran. Puasa sehari dapat sekian-sekiansen atau ringgit. Dapat mercun ataupun bunga api. Seronoklah kita berpuasa menahan perit. Apabila sudah tak tahan, sudah terbayang air sejuk, ayah melambaikan wang ataupun mercun itu tentulah kita bagi meneruskan puasa. Ganjaran lebih menyenangkan berbanding hukuman.
Dalam kehidupan kita seharian, kita juga lebih mengutamakan ganjaran berbanding hukuman. Sebabnya adalah mudah, manusia tidak suka hukuman tapi suka kepada ganjaran. Di dalam Al-Quran pun dibentangkan cerita dan berita gembira jika kita melakukan kebaikan. Ayat ayat yang turun pada permulaan suruh adalah ayat ayat yang menggembirakan jika kita berbuat kebaikan. Kemudian barulah disusuli dengan berita yang menggerunkan jika tidak buat kebaikan. Ini kerana Allah lebih tahu manusia memang lebih suka ganjaran berbanding hukuman..

Hatiku tersentuh denga seorang BAPA

20 Jun 2009 malam - Ketika asyik melayani lagu nasyid selamat berjuang nyanyian kumpulan Brothers. Bas meluncur laju dari Kuala Nerang ke Kuala Lumpur. Aku dan beberapa orang penumpang lagi terisi dalam Mara Liner itu. Mataku tidak dapat lelap walaupun penat menyelubungi tubuhku. Petang tadi aku baru saja habis program. Pusing sana pusing sini tak dapat tidur juga,air mata dah meleleh beberapa kali dan mulut pun menguap memanjang bas berhenti di seketika di stesyen bas di pekan Pendang untuk mengambil penumpang. Bas hampir penuh, hanya 4 tempat duduk saja lagi kosong. Tiba-tiba 4 anak beranak tergesa-gesa lari-lari anak naik bas. Mereka sepasang suami isteri dan dua orang anak perempuan yang tidak kurang ayunya. Deringan telefon sang suami berbunyi, lalu dianswernya. Aku mendengar perbualannya. So aku ketahui bahawa anaknya yang barada di asrama penuh di salah sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur menelefon sang suami inisetelah anak dan sang suami itu masing-masing bertanya khabar lalu ayahnya menyoal anaknya kalau-kalau duit perbelajaanya tidak cukup. Anak itu menafikan... Aku rasa terharu dan amat tersentuh apabila anaknya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahnya semata-mata. Bapanya sempat berseloroh dengan anaknya, Selamat Hari Bapa apa ? bapa ayam ka..Hmm.. Kalau kita ada masalah baru telefon mak ayah. Aku malu pada diri, aku tidak ingat bahawa hari esok 21 Jun adalah Hari Bapa. Terus aku mencapai telefon bimbitku dan menghubungi ayahku...
Selepas itu aku memikir dan merenung hikmah peristiwa yang berlaku di hadapan mata kasarku dan mata hatiku sebentar tadi. Ayahku amat banyak sekali berjasa dan menyara hidupku hingga aku besar panjang hari ini. Namun aku mengambil remeh akan tarikh keramat itu...

SELAMAT HARI BAPA kepada ayaku yang tercinta Ahmad Shukri B. Ariffin

Saturday, June 20, 2009

Usul Muhyidin dibantah PIBG Nasional

Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG) membantah cadangan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin yang mahu melaksanakan syarat lulus bahasa Inggeris dalam SPM mulai tahun depan sebagai tindakan yang tidak peka dengan nasib pelajar luar bandar.

Kita sedar bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi dunia dan kepentingan sememangannya tidak dinafikan tetapi pelaksaannya tidak seharusnya dibuat dalam keaadan terburu-buru kerana kesan dialami oleh masyarakat dan pelajar luar bandar. Agak mustahil dan tidak rasional langsung jika Kementerian Pelajaran melaksanakannya tahun depan. Ini kerana tiada kajian dan maklumbalas dibuat.



Kementerian tidak seharusnya tergesa-gesa melaksanakan usul ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan tempoh masa sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima tahun diperlukan bagi meluluskan cadangan tersebut.Perlu ada perubahan dalam kaedah pengajaran, guru-guru pakar perlu disediakan di luar bandar, prasarana seperti makmal bahasa inggeris perlu dikemas dan disediakan tanpa meminggirkan sekolah-sekolah luar bandar dan inisiatif kepada guru-guru juga harus diberikan...

Pelajar universti lebih gemar bercinta...



Ipoh 14 Jun -Kementerian Pengajian Tinggi diminta membuat kajian terperinci mengenai tingkah laku pelajar-pelajar universiri lebih beminat bercinta daripada memberi tumpuan menimba ilmu di universiti.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, perkara berkenaan perlu dilihat secara serius bagi memastikan ia tidak menjadi fenomena tidak sihat dan seterusnya menjatuhkan prestasi akademik mereka." Sekarang saya lihat ada juga pelajar yang sibuk hendak berkahwin sedangkan masih belajar, ini sangat jelas menyimpang daripada tujuan asal memasuki universiti," katanya
Kata beliau, selain bercinta, golongan siswa juga didapati gemar menghabiskan wang PTPTN dengan membeli telefon bimbit daripada membelanjakan wang tersebut untuk mendapatkan buku rujukan atau komputer....

Kalimah CINTA merupakan satu perkataan yang subjektif untuk dibicarakan. Terpulang kepada individu siswa yang dianugerahkan akal untuk menilai dan menganalisis berdasarkan pertimbangan ilmu di dada...Hmm.. kepada yang nak kawen, di sini nasihat guruku, Tuan Guru Hj. Zulkifli Ismail,"bagi penuntut ilmu nak kawen ada dua thoriq(jalan),pertama kawen dulu lepas tu mengaji. Kedua, mengaji sampai rasa menguasai beberapa bidang ilmu baru kawen( dalam usia 45 tahun).. Contohilah Imam Nawawi amat cinta dengan ilmu hingga melupakan kawen.Akhir usianya beliau berkahwin juga kerana hendak mengikut sunnah yang belun beliau lakukan...